TM Telah Mula Menawarkan Unifi Plus Box Serba Baharu Dengan Sambungan VLAN

Diterbitkan pada Jun 29, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia kini telah mula menyenaraikan penawaran kotak televisyen mereka yang serba baharu, iaitu Unifi Plus Box.

Set ini dikhususkan untuk disambungkan ke kaca televisyen, dan seterusnya menikmati kandungan terus dari Unifi TV. Membezakan ia dengan sebelum ini ialah ia hadir dengan sokongan sambungan terus Ethernet – sekaligus menawarkan sambungan lebih stabil berbanding WiFi sahaja.

Selain menikmati kandungan dari Unifi TV, anda juga boleh memuat-turun aplikasi dari Google Play Store, atau siarkan kandungan dalam bentuk “Cast”. Alat kawalan Unifi Plus Box juga hadir dengan sokongan input suara untuk Google Assistant.

Dari segi spesifikasi, Unifi Plus Box hadir dengan cip lapan teras, sokongan GPU OpenGL ES 2.0, memori 2GB DDR4, serta storan 16GB eMMC. Ia juga menjalankan Android TV 10.

Harga jualannya adalah sama seperti kotak set TV sebelum ini, atau bagi pengguna sedia ada, boleh melanggannya dengan menambah RM20 sebulan untuk 24 bulan. Atau sebagai alternatif, anda juga boleh melanggan pakej Ultimate Pack bersama Unifi Plus Box pada harga RM60 sebulan. Dari semakan, TM telah menawarkan set kotak baharu ini sejak bulan Mei lepas.

komen


© Amanz / 2022 Kami