Cari @ Amanz

Snap hari ini memperkenalkan pelan berbayar mereka pada Snapchat, dinamakan sebagai Snapchat+. Ia hadir pada harga langganan bulanan, $3.99 sebulan.

Buat masa ini, pelan langganan berbayar ini ditawarkan di beberapa buah negara sahaja – dan agak mendukacitakan kerana Malaysia bukan antara yang terawal menerimanya.

Melalui ciri Snapchat+, ia membolehkan pelanggan berbayar menikmati sejumlah ciri-ciri eksklusif, eksperimental dan yang belum diperkenalkan kepada umum terlebih dahulu. Disamping itu, pelanggan berbayar juga akan menerima sokongan terlebih dahulu daripada pelanggan biasa.

Buat masa ini, Snapchat+ hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Perancis, Jerman, Australia, New Zealang, Arab Saudi, dan UAE.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd