Samsung sedia diperkatakan sedang membangunkan telefon boleh-lipat, dan kini hadir laporan dari Korea Selatan, mengatakan Samsung ingin membangunkan telefon boleh-lipat asas pada nilai dibawah 1 juta won (RM3.3k).
Ia dikatakan Samsung kini telah memulakan progress membangunkan variasi Galaxy Z Fold dan juga Galaxy Z Flip dengan penawaran asas, sekaligus menawarkannya pada harga rendah.
Melalui strategi ini, ia dilihat seumpama mereka akan hadir dengan keluarga “Galaxy A” versi telefon boleh-lipat. Langkah ini sekaligus akan membolehkan lebih ramai menggunakan teknologi skrin boleh-lipat, disamping terus meningkatkan pegangan pasaran Samsung dalam arena peranti boleh-lipat.
Buat masa ini, Samsung dijangka memperkenalkan ia seawal 2024 kelak, iaitu sekitar dua tahun lagi. Mungkin dalam masa itu, kita akan melihat perkembangan sihat dalam arena telefon boleh-lipat serta membawa kosnya lebih rendah daripada hari ini.