Cari @ Amanz

Nilai mata wang kripto utama dunia masih belum pulih dengan Bitcoin kini kembali ke bawah nilai RM90,000. Terdapat banyak pelabur yang kerugian sehingga hilang wang persaraan. Tetapi kejatuhan nilai mata wang kripto tidak semuanya negatif dan menurut penganalisa ketenteraan Korea Selatan.

Bitcoin

Menurut sumber yang dirahsiakan, kejatuhan nilai kripto membantutkan program pembangunan senjata nuklear Korea Utara yang menggunakan kripto yang dicuri sebagai sumber dana. Dianggarkan Korea Utara telah mencuri kripto bernilai $615 juta (~RM2.7 bilion) menerusi beberapa serangan siber. Antara taktik yang digunakan ialah menggunakan perisian tebusan dan meminta mangsa membayar untuk menyahkunci data yang digodam.

Nilai kripto yang menyusut lebih 50% akhir-akhir membuatkan program senjata Korea Utara akan mengalami masalah. Walaupun negara tersebut kini menghadapi serangan Covid-19 yang teruk akibat tiada imunisasi, tumpuan ke atas program senjata masih diteruskan oleh pucuk pimpinan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd