Niantic Yang Menghasilkan Pokemon Go Membatalkan Empat Projek Dan Membuang Pekerja
Effi Saharudin
Niantic, syarikat yang membangunkan Pokemon Go, Harry Potter Wizard United dan Ingress dilaporkan telah membatalkan empat projek serta telah membuang sehingga 8% pekerja menurut laporan Bloomberg.

Sehingga 90 kakitangan telah diberhentikan di dalam langkah untuk mengoptimasikan operasi syarikat. Permainan yang dibatalkan pula ialah Transformers Heavy Metal, Hamlet, Blue Sky dan Snowball. Pandemik menyebabkan Niantic mengalami masalah seperti syarikat-syarikat lain.
Walaupun empat projek di atas telah dibatalkan, Niantic akan terus memberikan sokongan kepada Pokemon Go dan meneruskan projek permainan dengan NBA yang baru diumumkan beberapa hari yang lau. Sebelum ini Harry Potter Wizard United telah dihentikan selepas jumlah pemain berkurangan.
[sumber] Sumber – Bloomberg [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.