Amazfit T-Rex 2 Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazfit T-Rex 2 merupakan seutas jam yang tahan lasak ranggi dan lengkap dengan pelbagai fungsi aktiviti yang komprehensif. Peranti boleh-pakai ini juga sangat sesuai bagi mereka yang gemar menyertai sukan lasak dan mencabar. Bagi yang menantikan kehadirannya, ia bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak Amazfit Malaysia menerusi beberapa perkongsian terkini di media sosial rasminya. Dalam pada itu, jam tangan berkenaan dilihat telah disenaraikan di Shopee tanpa sebarang perkongsian lanjut mengenai harga jualan. Bagaimanapun, jualan pertama akan bermula pada 6 Julai 2022.

Amazfit T-Rex 2 dilengkapi skrin sebesar 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 piksel. Seterusnya, ciri pemantauan kesihatan seperti kadar degupan jantung, SpO2, paras tekanan setiap hari dan sebagainya turut disokong olehnya. Kemudian, lebih daripada 150 mod sukan terbina dengan kebolehan mengesan aktiviti secara automatik turut disertakan untuk kemudahan pengguna.

Kapasiti bateri 500mAh yang digunakan boleh menyajikan penggunaan sehingga 24 hari (mod biasa), 45 hari (mod penjimatan bateri) dan 10 hari (mod ekstrem). Tidak ketinggalan, jam tangan ini turut melepasi penarafan kalis air 10ATM, dilengkapi GPS, sistem penilaian kesihan PAI dan bluetooth 5.0.

komen


© Amanz / 2022 Kami