Carian
Spotify Menguji Ciri Karaoke Dengan Sistem Markah Kemampuan Nyanyian Pengguna
June 30, 2022 Effi Saharudin

Menggunakan Spotify sebagai mesin karaoke ialah sesuatu yang kami lakukan di Amanz sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan ciri lirik kembali pada tahun 2021 selepas ditarik pada tahun 2016, proses menyanyi dengan lirik yang betul boleh dilakukan dengan lebih mudah. Tetapi kini Spotifty menguji ciri karaoke pada segelintir pengguna.

Apabila mengakses bahagian lirik, pengguna yang bertuah boleh melihat butang Sing dengan ikon mikrofon. Mereka kemudian boleh menyanyi bersama dengan lagu yang sedang distrim. Selepas usai menyanyi, Spotify akan memberikan markah ketepatan nyanyian pengguna. Ciri ini diberikan secara rawak kepada pengguna di Amerika Utara sahaja setakat ini.

Komen