Projektor Predator GD711 Dengan Resolusi 4K Kini Ditawarkan Pada Harga RM4999

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada awal tahun ini, Acer telah memperkenalkan projektor Predator GD711 mereka yang dibangunkan khusus untuk golongan gamer yang mahu menggunakan projektor sebagai cara utama untuk memaparkan skrin gaming mereka.

Kini, Acer Malaysia telah membawa masuk projektor tersebut ke pasaran tempatan, yang boleh digunakan oleh kedua-dua komputer dan juga konsol permainan video tanpa masalah. Predator GD711 ini boleh memancarkan skrin sebesar 300 inci dengan resolusi 4K.

Walaupun begitu, cadangan Acer ialah untuk menggunakannya pada jarak 2.7m daripada permukaan yang akan dipancar dengan saiz 100 inci untuk pengalaman terbaik.

Projektor ini juga tampil dengan kadar segar semula 240Hz dan 120Hz untuk komputer dan konsol permainan, dan boleh memaparkan 125 peratus daripada gamut warna Rec.709 dan dengan nilai kecerahan setinggi 4000 ANSI Lumens, ia juga menyokong teknologi paparan HDR10 yang menjanjikan pengalaman tontonan dan gaming yang sangat mendalam.

Acer juga mengatakan bahawa lampu projektor ini mempunyai jangkahayat 30 ribu jam dan boleh digunakan dengan mudah, dan mempunyai permukaan anti-mikrobial pada bahagian rangka dan juga pengawal jarak jauhnya.

Acer Malaysia mengatakan bahawa projektor Predator GD711 ini ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM4999, dan sekiranya ia dibeli sewaktu acara jerayawara di Sunway Pyramid dari 29 Jun sehingga 3 Julai ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami