Nikon Z30 Dilancarkan Sebagai Kamera Untuk Penghasil Kandungan Video

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi penstrim dan penghasil kandungan video kini adalah kerjaya yang sudah dianggap biasa. Jadi sudah menjadi lumrah penggunaan kamera digital yang baik adalah perlu untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti lebih tinggi berbanding kamera telefon pintar. Nikon Z30 telah dilancarkan hari ini khusus untuk pengguna yang ingin menghasilkan kandungan video.

Kamera dilengkapi sensor 20.9MP APS-C yang dipadankan dengan cip pemprosesan imej Expeed 6. Ini membolehkan kamera merakam video pada resolusi maksimum 4K 30FPS dan gambar statik pula sehingga 11 bingkai sesaat. Tiada sistem IBIS dengan penstabilan kesemua dilakukan dalam lensa Z Mount yang disokong.

Terdapat skrin 3″ LCD yang boleh diputarkan ke hadapan untuk memudahkan rakaman swavideo. Sedikit aneh kamera tidak hadir dengan sebuah viewfinder. Sepasang mikrofon stereo diletakkan di bahagian hadapan tetapi pengguna boleh menggunakan mikrofon sendiri dengan terdapat bicu audio.

Turut diberikan ialah sokongan untuk menggunakan kamera secara berterusan menerusi sambungan sumber kuasa USB-C. Nikon Z30 akan mula dijual pertengahan Julai pada harga bermula $710 untuk tubuh sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami