Cari @ Amanz

Selain daripada Predator Helio 300 dan Nitro 5, Acer Malaysia turut mengumumkan ketersediaan untuk beberapa monitor gaming baharu. Ini termasuklah Acer Predator CG437K yang dijual pada RM4,699, Acer Predator X38S berharga RM5,999 dan Acer Nitro XZ342CUP pula ditawarkan pada RM1,799.

Ia bagaimanapun boleh dimiliki dengan harga promosi menarik untuk tempoh masa terhad. Melaluinya, diskaun RM200 diberikan untuk Acer Predator CG437K (RM4,499) dan RM300 untuk Acer Predator X38S (RM5,699). Sementara itu, Acer Nitro XZ342CUP (RM1,699) pula menerima potongan harga sebanyak RM100.

Acer Predator CG437K S dilengkapi skrin VA sebesar 42.5-inci 3840 x 2160 (4K2K UHD) dan kadar segar semula 144Hz dengan masa tindak balas 1ms. Ia turut menyokong ciri tambahan seperti pensijilan HDR10 dan 90% gamut warna DCI-P3. Spesifikasi lain yang turut disertakan termasuklah 2 X HDMI 2.1, 1 X DisplayPort 1.4, 1 X Type-C (30W), 2 X USB 2.0, USB-B dan banyak lagi.

Acer Predator X38S pula dilengkapi skrin IPS sebesar 37.5-inci 3840×1600 (UWQHD+) dan kadar segar semula 144Hz/175 (OC) dengan masa tindak balas mencapai 0.3ms. Ia turut menyokong ciri tambahan seperti pensijilan HDR10 dan 98% gamut warna DCI-P3. Spesifikasi lain yang turut disertakan termasuklah 2 X HDMI 2.0, 1 X DisplayPort 1.4, 2 X USB 2.0 dan banyak lagi.

Acer Nitro XZ342CUP pula dilengkapi skrin VA sebesar 34-inci 3440 x 1440 (UWQHD) dan kadar segar semula 144Hz dengan masa tindak balas mencapai 1ms VRB. Spesifikasi lain yang turut disertakan termasuklah 2 X HDMI 2.0, 1 X DisplayPort 1.4, HDMI dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd