Cari @ Amanz

Siri desktop kelas premium Acer, Predator Orion telah menerima kemaskini baru pada awal tahun ini, khususnya kepada bahagian CPUnya, menjanjikan mereka yang mencari sebuah komputer gaming berkuasa boleh mendapat nilai yang terbaik untuk wang mereka.

Predator Orion 3000 merupakan sebuah komputer gaming desktop yang hadir dengan rekaan serba padat tetapi masih lagi hadir dengan komponen-komponen yang berkuasa. Ia dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i5-12400F dan Intel Core i7-12700F, memori DDR5 sehingga 16GB dan storan SSD NVMe PCIe 4 sebesar 1TB.

Dari segi grafik pula, kedua-dua model Predator Orion 3000 baru ini akan dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 yang boleh menggerakkan permainan-permainan komputer moden pada resolusi QHD dan keatas pada kadar segar semula dan tetapan yang tinggi.

Acer Malaysia dilihat akan membawa masuk dua model komputer gaming Predator Orion 3000 ini, pada tanda harga berikut:

  • Predator Orion 3000 (Intel Core i5, memori 8GB, storan 1TB, NVIDIA GeForce RTX 3070) – RM6499
  • Predator Orion 3000 (Intel Core i7, memori 16GB, storan 1TB, NVIDIA GeForce RTX 3070) – RM7599
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd