Carian
OpenSea Mengalami Pencerobohan Data Emel
June 30, 2022 Aman

OpenSea, salah satu laman dagangan NFT popular kini mengatakan data emel mereka telah mengalami pencerobohan.

Ia dikatakan, perkhidmatan pengurusan emel mereka, iaitu Customer.io diceroboh oleh pekerja platform berkenaan, sekaligus meniriskan emel-emel pelanggaan OpenSea.

Hal ini sekaligus mendedahkan para pelanggan OpenSea kepada ancaman emel memancing data, termasuk mungkin membawa kepada kehilangan pegangan dan sebagainya.

OpenSea mengingatkan pengguna untuk sentiasa berjaga-jaga, dan tidak tertipu dengan emel palsu yang mungkin diterima pengguna mereka.

Komen