Cari @ Amanz

Lenovo dilihat akan memperkenalkan peranti pintar gaming terbaru mereka, iaitu Lenovo Legion Y70 tidak lama lagi di pasaran-pasaran China dan juga India.

Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai peranti tersebut sebelum ini, tetapi ia telah dilihat memasuki makmal ujian TENAA, badan ujian peranti telekomunikasi China. Peranti ini dilihat hadir dengan saiz 163.72×77.11×7.99mm dengan berat 205g.

Dari segi rekaan, Lenovo Legion Y70 ini akan hadir dengan paparan AMOLED bersama resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz. Dari segi kamera, ia akan tampil dengan kamera pandang hadapan menggunakan rekaan punch-hole, dan di belakang, ia akan dilengkapi sistem kamera tiga-lensa dengan sensor utama bersaiz 50MP dan sensor sekunder 13MP.

Peranti ini akan dikuasakan oleh CPU Qualcomm Snapdragon 8+ Gen1 dengan penawaran memori 8GB, 12GB dan 16GB dengan storan sehingga 512GB.

Lenovo Legion Y70 ini juga dilaporkan akan hadir dengan pilihan warna perak dan juga kelabu. Buat masa ini ia tidak diketahui lagi samada ia akan dijual diluar pasaran China dan India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd