6 Syarikat Telekomunikasi Bersetuju Dengan Pegangan Pada DNB

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengesahkan enam syarikat telekomunikasi tempatan kini telah bersetuju untuk mendapatkan pegangan pada Digital Nasional Berhad.

Dengan langkah ini, pegangan sebanyak 70% akan dibahagikan antara enam syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini. Nama syarikat yang terlibat tidak dinyatakan buat masa ini, dan dijangka dikongsikan lanjut selepas ini. Berkemungkinan besar, ia adalah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan juga Yes.

Menteri juga menyatakan mereka akan melakukan pengumuman rasmi dalam tempoh lebih kurang lapan hari lagi berkaitan perkara ini. Ia dikatakan syarikat telekomunikasi telah mencapai kata sepakat, dan segalanya akan disiapkan menjelang minggu hadapan.

DNB adalah sebuah syarikat yang akan menguruskan infrastruktur 5G di Malaysia. Syarikat telekomunikasi akan melanggan perkhidmatan daripada DNB sebelum menawarkan ia kepada pengguna akhir.

komen


© Amanz / 2022 Kami