Cari @ Amanz

Google dan Samsung sebelum ini mempatenkan rekaan kanta lekap yang boleh digunakan sebagai pengganti kaca mata pintar yang perlu dipakai di muka. Tetapi Mojo Vision sebuah syarikat dari A.S terlebih dahulu memperlihatkan kanta lekap realiti terimbuh (AR) mereka yang bukan sekadar konsep tetapi berfungsi sepenuhnya.

Kanta lekap AR ini sudah dibangunkan sejak 2015 dan hanya kini dicuba sendiri oleh CEO syarikat Drew Perkins. Ia dilengkapi skrin MicroLED sebesar 0.5mm tetapi dengan kepadatan pixel 14,000 PPI yang jauh lebih tinggi berbanding sebuah telefon pintar.

Pemproses ARM Core M0 yang terbina pada kanta membekalkan keperluan memproses. Tambah menakjubkan kanta juga dilengkapi accelerometer, giroskop, dan magnetometer. Sebuah bateri pula diletakkan pada bahagian rim kanta.

Pada waktu ini paparan hanya menyokong warna hijau dengan Perkins berkata kanta mengesan pergerakan mata dan kanta dengan baik. Tidak seperti kaca mata pintar Facebook, Google dan Oppo, kanta lekap Mojo Vision beroperasi secara kendiri tanpa perlu ditambat kepada telefon pintar. Mojo Vision akan meneruskan lagi pembangunan kanta lekap AR ini sebelum ini boleh dipasarkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd