Cari @ Amanz

Dengan dunia kembali beroperasi semula seperti sedia kala, salah satu lokasi yang mengalami kesibukkan luar biasa adalah bahagian pelabuhan. Terbaru, Singapura mengumumkan perancangan untuk memodenkan pelabuhan mereka.

Melalui perancangan Singapura, mereka ingin melabur S$20 bilion, iaitu sekitar RM63 bilion dalam membangunkan pelabuhan moden dan berautomatik menjelang 2040 kelak.

Pelabuhan moden ini akan memenuhi permintaan dan kapasiti rantaian bekalan. Disamping itu, ia juga akan menggunakan teknologi dalam menjadikan pengurusan lebih efisien, termasuk menggunakan kenderaan swapandu dalam pengurusan, selain penggunaan dron.

Penggunaan teknologi juga dijangka akan dapat meliputi masalah kekurangan tenaga kerja pada peringkat global. Disamping itu, pergerakkan kargo juga akan dikomunikasikan dengan rantaian-bekalan dalam pengurusan dan mengelak mengalami sebarang masalah rantaian bekalan.

Dengan langkah ini juga, ia akan membawa peralihan drastik berbanding penggunaan manual untuk pengurusan kargo – selain proses yang panjang dan membazir masa pada hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd