YouTube Tidak Lagi Benarkan Anda Sembunyikan Angka Pelanggan Pada Saluran

Diterbitkan pada Jun 30, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bermula 29 Julai 2022 kelak, saluran YouTube tidak lagi akan benarkan sesuatu saluran untuk sembunyikan angka pelanggan pada saluran mereka.

YouTube mengatakan langkah ini adalah dalam memerangi akaun-akaun spam pada platform tersebut.

Dengan memaparkan angka pelanggan pada sesuatu akaun, ia akan membolehkan pengguna lebih yakin – dan mengelak hadirnya akaun-akaun berbentuk spam yang meniru identiti dan sebagainya.

Disamping itu, YouTube turut mengatakan pengguna tidak boleh menggunakan nama saluran dengan abjad-abjad pelik pada namanya, dalam mengelak spam.

komen


© Amanz / 2022 Kami