Infinix 180W Thunder Charge Mampu Mengecas Bateri Ke Tahap 50% Dalam Hanya 4 Minit

Diterbitkan pada July 1, 2022. oleh .

Masih ingat dengan artikel yang pernah kami laporkan mengenai sistem pengecasan pantas 180W daripada Infinix? Pada awalnya kewujudan sistem pengecasan pantas ini sekadar diacah tetapi kini maklumat lanjut mengenainya telah mula dikongsi.

Ia dikhabarkan mampu mengecas peranti dengan bateri 4500mAh ke tahap 50% dalam hanya empat minit. Melaluinya, Infinix bekerjasama dengan pengeluar terkemuka yang mencipta bateri dwi-sel dengan rekaan pelbagai lug elektrod.

Rekaan ini dikhabarkan mampu mengurangkan saiz dalaman bateri sehingga 50%. Dalam masa sama turut membolehkan bateri dicaj dengan tiga aliran kuasa yang mengubah tenaga 99% lebih efisien. Ini bagi memastikan peranti adalah selamat digunakan dan tiada masalah memanas yang melampau.

Gambar Sekadar Hiasan

Di samping itu, sistem pengecasan ini turut mempunyai sistem terbina yang dapat memastikan semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang risiko pada bateri peranti dan juga pengguna. Terdapat juga sehingga 20 sensor pemantauan suhu terbina bertujuan mengekalkan suhu peranti di bawah 43°C bagi mengurangkan kemerosotan prestasi bateri.

Cip khusus turut digunakan bagi mengesahkan kabel yang sepatutnya. Tetapi ini tidak bermakna kabel lain tidak boleh digunakan. Masih boleh tetapi kuasa pengecasan hanya dihadkan kepada 60W atau 100W sahaja. Bergantung juga kepada keupayaan kabel yang sedang digunakan.

Gambar Sekadar Hiasan

Tidak ketinggalan, Infinix 180W Thunder Charge turut melepasi pensijilan TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System. Peranti pertama dengan sokongan pengecasan ini akan datang bermula separuh tahun kedua 2022.

Sumber – GSMARENA

komen


© Amanz / 2023 Kami