Cari @ Amanz

Astro kini hadir dengan promosi penawaran baharu untuk perkhidmatan penstriman, dibawah nama Premium Pack atau Platinum Pack.

Sebanyak tiga variasi Premium Pack ditawarkan, selain pek Platinum Pack. Kesemua pek langganan ini ditawarkan pada harga RM99.99 sebulan untuk tempoh terhad.

Menariknya adalah, semua pek ini mengabungkan akses kepada sejumlah perkhidmatan penstriman video, selain akses kepada “Sports Pack” serta kandungan lain, memudahkan anda menguruskan perkhidmatan hiburan anda dibawah satu resit dan bil.

Antara pek yang ditawarkan adalah termasuk akses kepada Netflix, Disney+ Hotstar, HBO Go dan Astro Go pada harga langganan RM99.99 sebulan.

Apa pun, promosi ini terhad kepada pelanggan baharu Astro sahaja, dan ditawarkan dalam slot yang terhad dan harga diskaun ini hanya untuk beberapa bulan sahaja dan bukan berterusan. Anda juga mungkin tertakluk kepada kontrak yang lama bergantung kepada pakej yang dipilih anda. Bagi anda yang berminat, boleh semak laman rasmi Astro hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd