Cari @ Amanz

Apple baru-baru ini telah mengemaskini panduan pembangun untuk menerbitkan aplikasi di App Store, App Store Review Guideline untuk wajib membenarkan pengguna padam akaun terus daripada aplikasi jika aplikasi tersebut menawarkan ciri mencipta akaun.

Instagram kini dilihat telah mengemaskini aplikasi mereka untuk mengikut panduan baharu ini. Pengguna kini boleh terus padam akaun masing-masing terus daripada aplikasi.

Dengan kemaskini ini, pengguna bukan sahaja boleh padam akaun tetapi turut boleh menyahaktifkan akaun untuk sementara. Menurut Instagram, kemaskini ini adalah untuk memberi pengguna lebih kawalan terhadap penggunaan aplikasi agar tidak menjadi obsesi. Ia adalah satu ciri yang lebih ekstrem berbanding ciri Time Spent yang boleh menetapkan masa yang terhad untuk menggunakan Instagram.

Jika anda ingin padam atau menyahaktifkan akaun Instagram anda, kemaskini aplikasi ke versi terkini. Kemudian buka tetapan dan pergi ke akaun, cari Padam akaun, pilih sama ada ingin Nyahaktifkan akaun atau Padam akaun. Instagram kemudian akan membantu anda untuk melakukan proses seterusnya seperti memasukkan kata laluan untuk pengesahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd