Sony Xperia 10 IV Berharga RM2099 Di Malaysia – Kini Boleh Dipra-Tempah

Diterbitkan pada July 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony Malaysia kini telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar baharu mereka, Sony Xperia 10 IV.

Sony Xperia 10 IV hadir dengan skrin 6.0-inci OLED dengan kadar segar semula 60Hz, dijana cip Snapdrago 695, memori 6GB dan juga storan 128GB. Ia turut hadir dengan bateri 5000mAh bersama dengannya.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan tri-kamera belakang 12MP + 8MP + 8MP, serta kamera swafoto 8-megapixel.

Menariknya, untuk pratempahan Xperia 10 IV ini, Sony turut menawarkan fon telinga nirwayar Sony WF-C500 berharga RM449 secara percuma.

Sumber : Nextrift

komen


© Amanz / 2022 Kami