Cari @ Amanz

Infinix sebelum ini sedia hadir dengan siri Note 12 yang terdiri dengan beberapa variasi berbeza. Tetapi kalau anda perasan tiada satu variasi tersebut yang lengkap dengan sokongan rangkaian 5G terbina. Sehinggalah kini, laman iklan rasmi untuk Note 12 5G mula diterbitkan di Flipkart. Sekaligus memberi bayangan ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Laman berkenaan turut sama menunjukkan reka bentuk pada peranti yang dimuatkan dengan sistem tri kamera utama. Ia memuatkan dua lensa berbentuk besar dengan padanan satu lensa kecil yang disusun secara menegak. Salah satu konfigurasi padannya turut telah disahkan hadir dengan sensor 108MP.

Di samping itu, ia turut disertakan panel hadapan sejenis AMOLED yang diiklankan mampu menyajikan pengalaman tontonan cukup baik. Tidak habis disitu, penggunaan skrin rata pada peranti juga sudah semestinya boleh mengelakkan isu skrin melimpah yang sering menjadi rungutan sebilangan pengguna.

Itu sahaja maklumat mengenai peranti yang dikongsi buat masa ini. Tiada perkongsian lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti diumumkan tetapi kita boleh menjangkakan ia bakal didedahkan dalam masa terdekat ini. Sama sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd