Carian
Malaysia Pilih Logo Berkonsepkan Jalur Liputan Internet Untuk Hari Kebangsaan 2022
July 1, 2022 Aman

Kerajaan hari ini mengumumkan tema dan juga logo untuk Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia 2022. Untuk tahun ini, ia menggunakan tema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

Menariknya juga adalah logo tahun ini berkonsepkan kepada jalur liputan internet yang melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang dalam memudahkan rakyat.

Pada masa yang sama, logo ini juga dikatakan melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan, serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan logo Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia 2022 ini?

Komen