Shopee Mula Hadkan Baucar Penghantaran Percuma Kepada Hanya RM3

Diterbitkan pada July 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Shopee sedia menawarkan baucar penghantaran percuma yang biasanya perlu ditebus terlebih dahulu sebelum digunakan oleh pengguna ketika membeli. Apa pun, terbaru, ia dilihat Shopee melakukan sedikit perubahan bagaimana baucar penghantaran percuma ini berfungsi.

Melalui beberapa baucar baharu yang disediakan, Shopee mengehadkan baucar penghantaran percuma kepada hanya RM3 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM8 untuk Sabah dan Sarawak. Ini bermakna, sekiranya kos penghantaran adalah RM6, maka anda akan hanya menerima diskaun RM3 (sekiranya di Semenanjung), dan perlu membayar baki RM3.

Penggunaan baucar juga tertakluk kepada pembelian minima sebelum dapat menggunakannya.

Ia tidak diketahui sama ada perubahan ini adalah untuk tempoh terhad, atau akan diimplementasikan selamanya oleh Shopee – dan mungkin akan kurangkan baucar penghantaran selepas ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami