Tecno Pova 3 Dan Coman 19 Neo Akan Diperkenalkan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang pernah kami kongsi sebelum ini, Tecno telah disahkan bakal hadir dengan penawaran variasi baharu untuk peranti pintar di Malaysia. Terkini, butiran maklumat lanjut mengenainya telah dikongsi dan terdapat dua model yang bakal diumumkan kelak. Ianya terdiri dengan Tecno Coman 19 Neo dan Tecno Pova 3, kemudian pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada 8 Julai 2022.

Menyentuh sedikit mengenai peranti, kedua-duanya bagaimanapun telah dilancarkan di beberapa pasaran luar. Tecno Coman 19 Neo dilengkapi cip MediaTek Helio G85 dengan padanan kamera 48MP dan bateri 5,000mAh. Sementara itu, Tecno Pova 3 pula menggunakan cip MediaTek Helio G88, bateri 7000mAh dan kamera 50MP.

Bagi melihat sama ada peranti di Malaysia kelak akan menyokong perkakasan dalaman yang sama dengan model sedia ada atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya kelak dan kami di Amanz akan mengemaskini mengenainya untuk perkongsian bersama.

komen


© Amanz / 2022 Kami