Google Password Manager Dikemaskini Dengan Rekaan Seragam Dan Memasukkan Kata Laluan Secara Manual

Diterbitkan pada July 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Proses menguruskan kata laluan pada pelbagai peranti dan platform adalalah sukar kerana menjadi resam manusia untuk menggunakan semula satu kata laluan yang sama. Tetapi di zaman sekarang ini hanya akan mengundang masalah sekiranya kata laluan tertiris ke arena web seperti yang kerap berlaku sekarang.

Google Password Manager ialah antara ciri pengurusan kata laluan terbina yang digunakan ramai. Tetapi sebelum ini antaramukanya tidak konsisten pada sistem operasi berbeza. Hari ini Google Password Manager telah dikemaskini untuk kelihatan lebih seragam pada Android, Chrome OS, macOS, Windows dan Linux.

Turut akhirnya diberikan ialah sokongan memasukkan sendiri kata laluan secara manual untuk disimpan di pangkalan data Google Password Manager. Selain itu sistem amaran bukan sahaja memberitahu pengguna jika kata laluan tertiris tetapi mengesan jika kata laluan yang sama digunakan berkali-kali dengan sarana untuk mengubahnya dengan yang lebih selamat yang dijana secara rawak.

Pada Android, ciri Touch-to-Login diperkenalkan dengan proses log masuk ke laman web semudah satu sentuhan sahaja. Pengguna Android juga kini boleh meletakkan pintar pantas Google Password Manager ke skrin pemuka untuk mengkases ciri ini dengan lebih pantas.

komen


© Amanz / 2022 Kami