MSI Mengadakan Jualan Kembali Ke Sekolah Dengan Penawaran Diskaun Untuk Sejumlah Komputer Riba Mereka

Diterbitkan pada July 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MSI Malaysia kini sedang mengadakan kempen promosi jualan kembali ke sekolah yang bermula dari hari ini (1 Julai 2022) ke 14 Ogos 2022 kelak. Dengan kempen ini, MSI Malaysia memperlihatkan tawaran diskaun untuk sejumlah siri komputer riba mereka dari siri produktiviti ke siri gaming mereka.

Siri komputer riba gaming MSI Malaysia memperlihatkan penawaran diskaun yang paling banyak, tetapi dua model yang diketengahkan mereka ialah MSI GF63 Thin dan MSI Bravo 15.

MSI GF63 ialah sebuah komputer riba dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan CPU Intel Core i5-10500H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD dalaman 256GB. Dari segi penawaran GPU pula, komputer riba ini dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650, yang boleh dilihat cukup berkuasa untuk menggerakkan permainan-permainan e-sukan popular pada resolusi Full HD.

Komputer riba ini kini ditawarkan dengan harga diskaun RM2949 berbanding dengan harga asal RM3499.

MSi Bravo 15 pula hadir dengan penawaran paparan yang sama, tetapi dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 5 5500H dengan penawaran memori DDR4 sebanyak 8GB dan juga storan SSD 512GB. Komputer riba ini turut dikuasakan oleh kad grafik AMD Radeon RX 5500M.

MSI Bravo 15 ditawarkan pada harga RM3299 berbanding dengan harga asal RM3799.

Untuk tujuan penciptaan kandungan pula, MSI Creator Z16 ditawarkan dengan diskaun yang agak besar. Komputer riba ini hadir dengan paparan bersaiz 16 inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Ia dikuasakan oleh Intel Core i7-11800H, memori DDR4 32GB, storan SSD PCIe 4.0 sebesar 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060.

Sepanjang promosi ini, MSI akan menawarkan MSI Creator Z16 pada harga RM8999, diskaun yang sangat besar berbanding dengan harga asal RM11,999.

MSI Modern 14 ialah sebuah komputer produktiviti harian yang cukup baik sekali buat mereka yang hanya memerlukan sebuah komputer riba yang biasa sahaja. Komputer riba ini tampil dengan paparan skrin bersaiz 14 inci dengan resolusi Full HD dan dikuasakan oleh pilihan CPU AMD Ryzen 5500U ataupun Intel Core i3-1011U dengan memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD 256GB.

Siri komputer riba ini dijual pada harga RM2399 untuk model AMD dan RM1699 untuk model Intel.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini, anda boleh melayari laman web promosi MSI Malaysia di sini.

komen


© Amanz / 2022 Kami