One UI Watch 4.5 Berasaskan Wear OS 3.5 Tertiris

Diterbitkan pada July 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy Watch4 adalah jam tangan pintar pertama yang menjalankan sistem operasi Wear OS 3. Ia adalah sistem operasi jam tangan pintar generasi baru daripada Google. Ia hadir dengan banyak muka jam, ciri dan fungsi baharu untuk kesihatan, antaramuka baharu serta memudahkan lagi pengguna untuk mengendalikan jam.

Tetapi untuk Samsung, mereka telah mengintegrasikan sekali dengan pelancar One UI mereka. Kini sedang jam lain menunggu giliran menerima kemaskini Wear OS 3 dan hanya melihat Mont Blanc Summit 3 yang sudah menjalankan sistem operasi ini – Google dilihat telah bekerjasama secara eksklusif dengan Samsung sekali lagi untuk Wear OS baharu.

Evan Blass telah mendedahkan Wear OS 3.5 dengan pelancar One UI Watch 4.5. Apa yang beliau dedahkan adalah muka jam baharu, ciri papan kekunci baharu dengan tetapan yang lebih cantik, kemampuan menaip dengan suara, papan kekunci dengan sokongan gestur serta ciri panggilan telefon baru yang boleh terus menukar kad SIM.

Tangkapan layar yang dikongsi turut mendedahkan tetapan warna untuk paparan serta beberapa kawalan khas untuk pengguna kurang upaya. Masih tidak pasti jika ciri-ciri ini akan diedarkan pada semua pengguna Wear OS atau akan terhad untuk pengguna Samsung sahaja. Ciri lain masih belum didedahkan lagi.

Tetapi sekarang, One UI Watch 4.5 sudah berada dalam fasa ujian beta untuk pengguna Galaxy Watch4. Ia mungkin akan hadir dalam bentuk stabil ketika pelancaran Galaxy Watch5 yang dijangka berlaku sekitar Ogos nanti. Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami