Pengeluar Kereta Mewah Bugatti Kini Turut Menawarkan Skuter Elektrik Tersendiri

Diterbitkan pada July 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bugatti, pengeluar kenderaan mewah telah pun memperkenalkan sebuah skuter elektrik pada awal tahun 2022 ini, dan kini ia telah mula dijual kepada umum secara meluas. Bugatti bekerjasama dengan Bytech dalam penghasilan skuter elektrik pertama mereka, dinamakan Bugatti 9.0.

Bugatti 9.0 hadir dengan rekaan eksklusif, termasuk cahaya belakang yang memantul logo ketika waktu malam. Disamping itu, ia turut menyertakan paparan LED pada bahagian hadapan, memudahkan anda melihat beberapa informasi ketika menunggannya, termasuk jarak perjalanan dan juga kapasiti bateri.

Bugatti 9.0 ini boleh bergerak pada kelajuan 30km/j, pada jarak sekitarr 35km dengan pengecasan penuh.

Buat masa ini, ia ditawarkan di Amerika Syarikat pada harga mencapai $1200, iaitu sekitar RM5288 mengikut kadar tukaran semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami