Lorong Plaza Tol Dicadang Menyokong Semua Jenis Pembayaran, Tidak Diasingkan Atau Dihadkan

Diterbitkan pada July 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kini sebuah cadangan diketengahkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia, dimana semua plaza tol di Lembah Klang diminta untuk mengintegrasikan semua jenis pembayaran dan tidak diasingkan atau dihadkan mengikut lorong.

Hal ini adalah dalam usaha mengelak kesesakkan dalam bandar, terutamanya ketika waktu puncak.

Plaza Tol

Pada hari ini, plaza tol diasingkan mengikut lorong, termasuk hanya kad fizikal sahaja, hanya SmartTAG, hanya RFID, selain gabungan antara dua. Ini sekaligus membuatkan kenderaan yang ke sesuatu plaza tol melakukan perubahan lorong, membawa kepada kesesakkan dan sebagainya.

Cadangan ini dibawakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dan diminta dibincangkan bersama penyedia lebuhraya yang terlibat.

Buat masa ini ia masih pada peringkat cadangan, dan perlu melalui pelbagai fasa sebelum dapat diimplementasikan sepenuhnya.

komen


© Amanz / 2022 Kami