Carian
iPhone 14 Sekali Lagi Dikatakan Akan Menggunakan Cip Sama Seperti Pada iPhone 13
July 3, 2022 Aman

Apple bakal memperkenalkan siri iPhone 14 secara rasminya sekitar September atau Oktober kelak, dan selari dengannya, beberapa info awal berkaitan telefon pintar berkenaan mula kedengaran.

Terbaru, Bloomberg sekali lagi menekankan yang mana iPhone 14 akan kekal menggunakan cip pemprosesan sama seperti pada iPhone tahun lepas.

Mengikut laporan yang hadir hari ini, iPhone 14 dijangka menggunakan cip Apple A15, dan hanya siri iPhone 14 Pro akan menerima kemaskini cip pemprosesan ke Apple A16.

iPhone 13 Pro Max

Ini juga akan menjadikan buat pertama kalinya Apple tidak menaik-taraf cip pemprosesan pada iPhone. Sebelum ini, setiap tahun ia akan dikemaskini dengan cip pemprosesan baharu sekaligus menawarkan kuasa pemprosesan lebih tinggi.

Mungkin beberapa faktor membawa kepada perkara ini, termasuk disebabkan kekangan pada pengeluaran semikonduktor yang dialami di seluruh dunia. Selain itu, Apple juga mungkin pada tahun ini memberikan lebih fokus pada cip Mac berbanding iPhone untuk tujuan naik-taraf.

Apa pun, sama-sama kita nantikan dalam beberapa bulan lagi untuk melihat apakah alasan Apple dalam tidak menaik-taraf cip pemprosesan mereka pada iPhone 14 kelak.

Komen