Hari Ini, Bumi Akan Berada Pada Jarak Paling Jauh Dengan Matahari Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti ramai sedia maklum, Bumi mengorbit Matahari dalam bentuk elips atau “tidak sempurna bulat”, membuatkan jarak antara Bumi dan Matahari sentiasa berubah-ubah sepanjang tahun.

Disebabkan oleh ini, ia membawa kepada jarak yang paling jauh atau paling dekat antara Bumi dan Matahari pada sesuatu tahun. Jarak paling dekat dengan Matahari dipanggil dengan nama perihelion, sementara jarak paling jauh pula dipanggil sebagai aphelion.

Kini, Agensi Angkasa Malaysia berkongsi mengatakan Bumi akan berada pada jarak paling jauh dengan Matahari pada 4 Julai 2022, pada pukul 3:10 petang waktu Malaysia.

Ketika itu, Bumi dijangka akan berada pada jarak 152,098,455 kilometer dari Matahari.

Ini hanya sebuah fenomena tahunan biasa, dan ia dijangka tidak akan memberikan sebarang kesan yang signifikan kepada penduduk di Bumi.

komen


© Amanz / 2022 Kami