Cari @ Amanz

Walaupun Apple Music mempunyai kualiti penstriman audio yang lebih baik dengan hanya menawarkan satu harga langganan untuk menstrim pada pelbagai format termasuk audio nirhilang, Spotify masih menjadi platform penstriman paling popular dengan pengguna yang lebih ramai.

Ini kerana Spotify mempunyai antaramuka lebih mesra pengguna dan mempunyai pustaka audio yang lebih besar daripada pelbagai artis. Berita buruk untuk majoriti pengguna Android, Spotify besar kemungkinan tidak boleh dibuka pada peranti anda dan pihak Spotify sendiri masih tidak menemui punca dan cara untuk membaikinya.

Jika anda sudah mempunyai aplikasi Spotify peranti Android dan sudah log masuk, JANGAN sesekali log keluar untuk terus guna. Ini kerana jika anda log keluar dan log masuk kembali, aplikasi Spotify akan kekal tersangkut pada logo ketika proses memuat.

Masalah ini dilihat berlaku pada peranti seperti Samsung Galaxy S20 FE 4G, Galaxy A50, OnePlus 8 Pro, Galaxy S21+, Redmi Note 9, Xiaomi 11 dan banyak lagi peranti Android lain. Majoriti dilihat terkesan pada pengguna peranti Samsung.

Spotify mencadangkan pengguna untuk buang dan pasang kembali atau kosongkan memori dan cache. Tetapi kaedah ini masih tidak membantu kepada sesiapa buat masa ini. Spotify pada iOS dilihat masih berjalan seperti biasa. Di pejabat Amanz, tiga orang pengguna Spotify dilihat tidak mengalami masalah ini pun.

Bagaimana dengan Spotify anda? Jika ada masalah, Spotify menggalakkan anda laporkan isu berlaku di komuniti mereka melalui pautan di bawah;

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd