Oppo Mengacah Kehadiran Siri Reno8 Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Oppo Reno8 sebelum ini telah diperkenalkan di China dengan tiga variasi berbeza. Ianya terdiri dengan Oppo Reno8, Oppo Reno8 Pro dan Oppo Reno8 Pro+. Sudah menjadi tradisi penawaran untuk pasaran luar sudah semestinya berbeza dengan variasi yang ditawarkan di China.

Bercakap dengan lebih lanjut, Oppo kini mula mengacah kehadirannya untuk pasaran tempatan. Perkongsian di laman rasmi menunjukkan terdapat dua variasi model yang bakal ditawarkan iaitu Oppo Reno8 dan Oppo Reno8 Pro. Sejumlah spesifikasi pada peranti turut telah didedahkan yang menunjukkan kedua-duanya dilengkapi sokongan 5G terbina.

Bukan itu sahaja, bateri dengan sistem pengecasan pantas 80W turut digunakan pada kedua-dua model. Selain turut memfokuskan terhadap keupayaan tangkapan gambar dan video malam yang baik. Bagaimanapun kelebihan paling ketara adalah penggunaan cip MariSilicon X pada versi pro.

Setakat artikel ditulis, maklumat mengenai cip pemprosesan yang bakal digunakan pada model pro masih tidak diketahui. Tetapi, Oppo Reno8 akan dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 1300. Dalam pada itu, Oppo juga telah membuka laman khusus untuk pendaftaran minat bagi mereka yang mungkin ingin membeli kedua-dua peranti di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami