Yoodo kini memaklumkan para pengguna yang mana mereka akan mengubah Yoodo Wallet kepada Yoodo Credits bermula 13 Julai 2022 kelak.

Dengan perubahan ini, semua baki kredit pada aplikasi Yoodo akan diubah dalam bentuk Yoodo Credits. Setiap seringgit akan diubah kepada 100 mata ganjaran.
Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai baki RM20 dalam Yoodo Credits selepas 13 Julai, ia akan diubah kepada 2000 Yoodo Points.
Yoodo menekankan para pengguna masih boleh kekal membayar bil bulanan dan pembelian produk Yoodo melalui Yoodo Points. Disamping itu, pengguna juga boleh menjana Yoodo Points tambahan melalui Refer2Earn.
- Sumber : Yoodo