Cari @ Amanz

Pengenalan siri Red Magic 7 sebelum ini telah mendapat pelbagai reaksi khususnya buat peminat peranti permua. Ia bukan sahaja menampilkan perbezaan untuk rekaan luaran, malahan perkakasan dalaman juga menarik untuk penggunaan peranti lebih baik.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, variasi baharu untuk siri berkenaan bakal diumumkan tidak lama lagi. Terdiri dengan dua model iaitu RedMagic 7S dan RedMagic 7S Pro, acara pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 11 Julai 2022. Dalam masa sama, rekaan untuk salah satu model turut telah diperlihatkan dalam beberapa perkongsian berbeza di Weibo. Ia menunjukkan Nubia RedMagic 7S Pro yang lengkap dengan panel belakang lut sinar berwarna perak.

Melengkapinya juga adalah kipas penyejuk dengan lampu RGB yang dikhabarkan mampu berpusing pada kadar sehingga 20,000 RPM. Ia turut menempatkan butang bahu fizikal pada sisi kanan untuk kawalan permainan lebih baik. Di samping sokongan sistem penyejukan pelbagai dimensi yang ditambah baik dikenali sebagai ICE 10.0.

Lain-lain spesifikasi termasuklah penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 5000mAh dan sistem tri-kamera. Tiada kewujudan lubang dan takuk di panel hadapan jelas menunjukkan kamera swafoto adalah terbina di bawah skrin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd