Cari @ Amanz


Rangkaian peranti Huawei Nova telah dikemaskini dengan variasi baharu. Melaluinya, Huawei Nova 10 dan Huawei Nova 10 Pro telah diperkenalkan di China dengan daya tarikan yang tersendiri. Ini termasuklah penggunaan kamera swafoto sebesar 60MP, sistem pengecasan pantas 100W dan sistem kamera utama di belakang.

Huawei Nova 10 dilengkapi skrin OLED sebesar 6.67-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Cip Snapdragon 778G turut digunakan namun tanpa sokongan untuk rangkaian 5G. Padanan memori pula adalah sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 256GB. Sistem tri-kamera terdiri dengan 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman), sementara itu kamera swafoto pula 60MP. Tidak ketinggalan, bateri 4,000mAh turut digunakan dengan pengecacan pantas 66W.

Huawei Nova 10 Pro turut menggunakan cip Snapdragon 778G 4G dan kamera utama 50MP + 8MP + 2MP. Ia bagaimanapun mempunyai panel hadapan lebih besar dengan saiz 6.7-inci OLED beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Kelebihan lain turut boleh dilihat pada sokongan bateri lebih besar iaitu 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W dan dwi kamera swafoto dengan tetapan 60MP + 8MP.

Untuk harga, Huawei Nova 10 dijual pada RMB2699 (~RM1781) (8GB/128GB) dan RMB2999 (~RM1979) (12GB/256GB). Sementara itu, Huawei Nova 10 Pro pula berharga RMB3699 (~RM2440) (8GB/128GB) dan RMB3999 (~RM2638) (12GB/256GB).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd