Xiaomi 12 Pro Dimensity Edition Diumumkan Dengan Cip Dimensity 9000+, Bateri 5160mAh

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk Xiaomi 12 Pro Dimensity Edition. Pada dasarnya, ia dilengkapi dengan perkakasan dalaman yang sama dengan variasi sedia ada. Perubahan ketara hanya dilakukan adalah cip pemprosesan yang digunakan iaitu MediaTek Dimensity 9000 Plus. Di samping kapasiti bateri lebih besar 5,160mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Untuk lebih khusus, Xioami 12 Pro Dimensity Edition dilengkapi skrin 6.73-inci AMOLED beresolusi 2K. Kapasiti memori yang disertakan adalah sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Kamera utama menggunakan sensor 50MP + 13MP + 5MP makro dengan penstabilan OIS. Sementara itu kamera hadapan pula sebesar 32MP. Untuk harga, ia dijual bermula RMB3999 (~RM2637) (8GB/128GB) dan RMB4499 (~RM2967) (12GB/256GB).

komen


© Amanz / 2022 Kami