Xiaomi Mi Band 7 Pro Dilancarkan Dengan Bateri Bertahan Sehingga 12 Hari

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diketahui, barisan Xiaomi Mi Band merupakan penjejak kesihatan yang dikenali ramai ekoran tanda harga jualan yang berpatutan. Terkini, Xiaomi Mi Band 7 Pro telah diperkenalkan sekaligus menjadi penawaran baharu jenama berkenaan buat para pengguna.

Xiaomi Mi Band 7 Pro dilengkapi binaan premium dengan tubuh logam berbentuk segi empat. Turut melengkapinya adalah tali sejenis silikon dengan beberapa pilihan warna seperti hitam dan putih. Skrin adalah sebesar 1.64-inci AMOLED (326ppi) dengan paparan berwarna dan sokongan sesentuh.

Melengkapinya adalah sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan untuk kemudahan pengguna. Ini termasuklah kadar denyutan jantung, pemantauan pola tidur, tahap stress harian dan banyak lagi. Melengkapinya adalah 117 mod sukan terbina dengan 10 daripadanya adalah berasaskan larian.

Bateri 235mAh yang disertakan juga mampu bertahan sehingga 12 hari, selain turut sama mempunyai kalis air 50 meter, sokongan GPS dan sebagainya. Untuk harga, Xiaomi Mi Band 7 Pro dijual di China pada RMB379 (~RM250) untuk seutas.

komen


© Amanz / 2022 Kami