Huawei Memperkenalkan Alternatif Apple AirTag Tersendiri, Dinamakan Huawei Tag

Diterbitkan pada July 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei hari ini telah memperkenalkan penjejak pintar mereka tersendiri, dinamakan sebagai Huawei Tag. Dengan penawaran ini, Huawei menyediakan alternatif kepada pengguna yang inginkan suatu penjejak barangan, dan dihubungkan bersama telefon pintar Huawei.

Huawei turut menyertakan sokongan penjejak ini, yang dihubungkan bersama pelbagai telefon pintar Huawei berdekatan dalam mengetahui lokasi sesuatu penjejak – lebih kurang bagaimana Apple menjayakan penawaran sama.

Huawei mengatakan pelbagai data disulitkan, menyukarkan data berkaitan lokasi diceroboh pihak lain. Huawei Tag turut hadir dengan sokongan kalis air dan debut, selain menyertakan ciri NFC.

Buat masa ini, Huawei Tag hanya ditawarkan di China sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami