Vivo Y77 5G Akan Dilengkapi Dengan Cip Dimensity 810, 256GB Storan

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Vivo kini dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharu di bawah siri Y. Seperti namanya, Vivo Y77 5G bakal dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G terbina menerusi penggunaan cip MediaTek Dimensity 810.

Turut melengkapi peranti juga adalah padanan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 5,000mAh yang turut menyokong sistem pengecasan 18W. Selain itu, peranti turut menggunakan skrin sebesar 6.58-inci IPS LCD beresolusi FHD+ dan kadar segar semula standard 60Hz.

Tetapan kamera terdiri dengan 50MP (utama) +2MP (makro). Sementara itu, kamara swafoto pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan FunTouchOS 12 berasaskan Android 12, sambungan port USB-C, bluetooth 5.1 dan sebagainya.

Apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah berapakah harga jualan peranti yang bakal ditawarkan kelak? Sama-sama nantikan pelancaran rasminya pada minggu ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

komen


© Amanz / 2022 Kami