Apple Dianugerahkan Paten Skrin Yang Masih Mengesan Sentuhan Walaupun Basah

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Skrin sesentuh pada telefon pintar ialah inovasi yang mengubah bagaimana kita berinteraksi. Semua telefon pintar dunia kini hadir dengan skrin sesentuh dengan pelbagai tahap pengesanan. Tetapi anda pasti menyedari kelemahan skrin sesentuh ialah ia tidak berfungsi dengan baik apabila ianya basah. Apple telah dianugerahkan sebuah paten yang membolehkan skrin masih digunakan ketika basah dan juga di bawah permukaan air.

Paten menunjukkan skrin mempunyai tidak mod iaitu kering, basah dan bawah permukaan air. Apabila dikesan oleh peranti, tahap pengesanan skrin akan meningkat dan juga antaramuka peranti akan berubah. Dalam mod dalam air misalnya, butang kamera akan menjadi lebih besar untuk memudahkan ia ditekan. Paten difailkan pada Mac 2021 dan hanya dianugerahkan kepada Apple pada 28 Jun lalu.

Kewujudan paten tidak bermaksud ia akan digunakan oleh Apple pada produk sebenar. Beberapa paten yang dimiliki mereka masih kekal sebagai konsep di atas kertas sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami