Pratempahan Oppo Reno8 Pro Kini Dibuka Di Malaysia

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Malaysia kini berkongsi kemas kini baharu di mana Reno8 pro sudah boleh dipratempah. Bagi yang berminat, anda boleh berbuat demikian bermula hari ini dan hadiah sehingga RM1,755 turut ditawarkan bersama-sama dengannya. Menariknya lagi di sini, 100 pembeli terawal yang melakukan daftar keluar pada 21 Julai kelak akan menerima penghantaran peranti pada hari yang sama. Namun begitu, harga jualan rasmi untuk peranti ini masih menjadi tanda tanya, tetapi kita mungkin akan ketahui dengan lebih lanjut tidak lama lagi.

Dalam perkembangan yang sama, Oppo turut menawarkan pembelian dengan pembelian (PWP) untuk tablet Oppo Pad Air (4GB/128GB). Melaluinya, potongan harga sebanyak RM150 ditawarkan untuk pembelian yang dibuat sepanjang tempoh pra-tempah. Perkongsian ini juga sekaligus memberi bayangan seolah-olah tablet berkenaan turut bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Menyentuh mengenai tablet, ia telah dilancarkan di China sebelum ini. Ia hadir dengan cip Snapdragon 680 dan skrin beresolusi 2K. Turut melengkapinya adalah bateri 7100mAh dengan pengecasan 18W, sokongan audio Dolby Atmos, kamera belakang 8-megapixel dan kamera swafoto 5-megapixel. Adakah variasi di Malaysia akan didatangkan dengan perkakasan yang sama? Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami