Samsung Galaxy S22 Ultra Kini Ditawarkan Dalam Tiga Warna Baru – Graphite, Red & Sky Blue

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung Galaxy S22 Ultra di Malaysia sebelum ini ditawarkan dalam warna Burgundy, Hitam, Putih dan Hijau. Sebagai pilihan, kini terdapat tiga lagi pilihan warna baru yang diberikan sekaligus menjadikan keseluruhannya mempunyai 7 pilihan warna yang boleh dipilih oleh pengguna.

Tiga pilihan baharu berkenaan terdiri dengan warna Graphite, Red dan Sky Blue. Ia bagaimanapun ditawarkan secara eksklusif menerusi kedai atas talian rasmi Samsung Malaysia. Tiada perubahan harga yang dibuat dan terdapat satu varian sahaja yang disediakan iaitu 256GB storan pada RM5,499. Sebagai tambahan, baucar dan hadiah menarik turut disertakan untuk setiap pembelian.

Ianya terdiri dengan baucar RM800 yang boleh digunakan untuk pembelian mana-mana produk Galaxy terpilih seperti tablet, jam tangan dan lain-lain. Seterusnya, rebat bernilai RM600 untuk kempen tukar-beli sebarang peranti lama. Bagi yang berminat, pembelian boleh dibuat bermula hari ini dan penghantaran peranti akan dibuat pada 18 Julai 2022. Terma dan syarat disertakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami