Cari @ Amanz

Bulan lepas, Adobe telah memperkenalkan aplikasi web baharu iaitu Photoshop Beta. Ia adalah berbeza dengan Photoshop versi web sebelum ini, kerana versi baru ini percuma untuk digunakan oleh semua tanpa sebarang langganan.

Ketika pengumuman, ujian hanya boleh dilakukan oleh pengguna di Kanada. Kini sedang saya meneroka di laman web Adobe, Photoshop (Beta) boleh ditekan dan digunakan di Malaysia. Memandangkan ia adalah percuma, beberapa ciri dan fungsi akan terhad untuk digunakan.

Dengan penawaran Photoshop (Beta) ini, Adobe boleh kembali menarik pengguna kembali ke jenama Photoshop selepas ramai beralih ke Canva. Boleh juga dikatakan penawaran Adobe ini adalah satu persaingan yang sihat bersama Canva atau pesaing lain yang menawarkan perkhidmatan sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd