Hingar Pada Gambar Adalah Unik Untuk Setiap Sensor Kamera Seperti Ibu Jari Bagi Siasatan Forensik

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi peminat siri CSI dan Forensic Files, anda pasti tahu ibu jari setiap individu dan alur laras pistol adalah unik. Berdasarkan corak yang ditinggalkan di tempat kajian dan peluru, ratusan ribu kes jenayah berjaya diselesaikan. Seterusnya dalam dunia forensik, gambar yang diambil boleh dipadankan kepada kamera digital yang mengambilnya untuk menangkap penjenayah.

Ahli sains komputer dari University of Groningen di Belanda berkata kesan hingar pada gambar yang diambil sebenarnya adalah unik seperti ibu jari dan alur pada laras pistol. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, mereka berjaya memadankan gambar kepada kamera digital 18 yang mengambilnya dengan ketepatan 99%. Setiap sensor kamera mempunyai cela yang unik ketika dihasilkan dan oleh itu mempunyai “cap jarinya” yang tersendiri.

Selain gambar, ia juga boleh dipadankan kepada video yang dirakam. Penemuan ini diharap akan membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah yang menghasilkan rakaman lucah imej serta video kanak-kanak bawah umur. Bukti yang kukuh dapat digunakan oleh pihak pendakwaraya bagi menangkap golong pedofil yang menghasilkan kandungan jijik dengan kamera peribadi.

Sistem forensik ini dibangunkan di bawah inisiatif 4NSEEK oleh Kesatuan Eropah bagi membangunkan teknologi terkini bagi membanteras jenayah penghasilan imej penderaan seksual ke atas kanak-kanak bawah umur.

komen


© Amanz / 2022 Kami