Cari @ Amanz

Perkembangan terkini mendedahkan yang mana Vivo dalam persediaan untuk pengenalan peranti baharu dengan cip Dimensity 810 buat beberapa pasaran termasuk Malaysia. Peranti yang dimaksudkan adalah Vivo Y77 5G yang mana pelancarannya di Malaysia telah dijadualkan berlangsung pada 7 Julai ini.

Namun begitu, kini timbul desas-desus yang mengatakan Vivo Y77 5G versi China bakal dilancarkan dengan cip pemproses berbeza iaitu MediaTek Dimensity 930. Ia merupakan cip berteknologi 6nm TSMC dengan penawaran lebih berkuasa dan efisien berbanding generasi terdahulu.

Dalam pada itu, skrin dengan kadar segar semula 120Hz dengan padanan memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 5,000mAh turut disertakan. Lebih menarik, ia juga menjadi antara peranti di bawah siri Vivo Y yang tiba dengan sistem pengecasan pantas 80W.

Varian Vivo Y77 5G Malaysia

Tiada maklumat lanjut mengenai tarikh pelancaran peranti yang diketahui buat masa ini. Namun begitu, kita boleh menjangkakan ia boleh dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd