Huawei sebelum ini telah mempopularkan penggunaan jenama Leica pada telefon pintar. Namun, kini dengan masalah yang dihadapi Huawei, ia turut membuatkan mereka putus dengan Leica, dan kini Leica ditawarkan bersama telefon Xiaomi.
Melihat kepada alternatif, kini Huawei memperkenalkan jenama pengimejan tersendiri, dinamakan sebagai XMAGE.
Melalui XMAGE, Huawei akan terus memfokuskan kepada arena pengimejan dan komitmen mereka dalam mengeksploraasi arena berkenaan. Huawei sedia melakukan sejumlah inovasi dan pembangunan dalam arena ini, dan ia semuanya dijangka akan diintegrasikan pada XMAGE.
Telefon Huawei akan datang juga dijangka akan hadir dengan penjenamaan XMAGE padanya. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah telefon pertama yang akan hadir dengan jenama XMAGE untuk kemampuan fotografinya.