Guna Chrome Pada Windows? Kemaskini Pelayar Web Anda Hari Ini, Elak Serangan Sekuriti

Diterbitkan pada July 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini telah mengeluarkan kemaskini kecemasan untuk Chrome pada Windows, dan mengingatkan para pengguna untuk mengemaskini pelayar web secepat mungkin untuk mengelak menjadi mangsa sekuriti.

Versi terbaharu yang telah dikeluarkan buat masa ini adalah Chrome 103.0.5060.114.

Google mengatakan terdapat salah satu kerentanan pada Chrome ini yang disalah-guna oleh pengodam, dan pengguna dinasihatkan supaya mengemaskini pelayar web secepat mungkin untuk elak menjadi mangsa.

Bagi anda yang menggunakan Chrome pada Windows, boleh lakukan kemaskini secara automatik terus pada pelayar web anda hari ini dengan ke halaman tetapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami