Cari @ Amanz

ASUS ROG Phone 6 dilancarkan sebentar tadi sebagai model mampu milik. Jika anda inginkan model dengan spesifikasi yang lebih melampau, ASU ROG Phone 6 Pro turut dilancarkan dengan pelbagai cir tambahan menarik.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin 6.78″ AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula mencecah 165Hz. Skrin yang sama menyokong paparan HDR10+ untuk keterangan yang maksimum. Bagi mengelakkan lubang kamera merosakkan pengalaman permainan, kamera swafoto diletakkan pada bahagian dahi dengan dagu peranti juga agak besar.

Ini dipadakan pula dengan cip Snadragon 8+ Gen 1, memori 18GB RAM, storan 512GB dan bateri sebesar 6000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W. Kamera utama menggabungkan sensor 50MP sudut lebar, 13MP ultra sudut lebar dan makro 5MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP yang diletakkan pada bahagian dahi skrin.

Seperti ROG Phone 6 terdapat butang bahu kapasitif Air Trigger yang menjadi pemicu tambahan ketika menjalankan permua. Pengguna boleh memprogramkan sendiri butang bahu mengikut keperluan peribadi dan permua.

Terdapat juga dua port pengecasan USB-C. Satu di bahagian bawah dan satu lagi di bahagian sisi untuk memudahkan peranti di cas ketika sedang digunakan secara mendatar. Dengan piawaian IPX4, peranti adalah tahan percikan. Satu ciri yang jarang diberikan pada sebuah peranti untuk permua.

Untuk mereka yang masih ingin menggunakan aksesori audio berwayar, bicu audio masih lagi disertakan. Ini dipadankan juga dengan sistem audio stereo yang mantap. Pada panel belakang peranti terdapat skrin sekunder ROG Vision dari keluarga PMOLED yang boleh memaparkan maklumat mengenai peranti dan warna berubah mengikut aksi di skrin.

Di Malaysia ASUS ROG Phone 6 Pro dijual pada harga RM4999 untuk 18/512GB dan hanya akan memasuki pasaran tempatan bermula September 2022 – sebulan selepas ROG Phone 6. Untuk menyokong peranti ini, ASUS Malaysia turut membawa masuk pelbagai aksesori tambahan seperti penyejuk AeroActive Cooler (RM349), pengawal permainan Kunai 3 (RM499), kerangka DEVILCASE (RM149), pelindung skrin (RM149), ROG Slash Hip Bag (RM399) dan ROG Slash Crossbody Bag (RM399).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd